Dari Nokia ke Blackberry dan berakhir dengan Iphone

08:03 anas 0 Comments


 Malam ni tiba-tiba teringat pasal handphone Nokia and terus teringat nak cerita pasal handphone. 

I masih ingat nama-nama handphone yang I guna sejak tahun 2000 iaitu ketika I form 5. Time tu I pinjam phone Ayah sebab dia ada phone lain. Phone yang I guna ialah Nokia 3210. Legend gila kot phone ni. Sapa-sapa pakai phone ni memang legend. 

Apa yang best pasal handphone ni?

Depa kata kalau baling anjing, anjing boleh mati. Tu je laa kelebihan dia. Takda apa yang menarik cumanya bila ada handphone, boleh laa nak usha awek time tu. haha..



Nokia 3210

Moving forward, handphone kedua I ialah Nokia 8210. Handphone ni best gila sebab dia kecik, ringan and cute sangat. I pakai masa time dah nak dekat ngan SPM. Sempat pakai beberapa bulan sebelum handphone ni rosak. Handphone ni rosak sebab masa last day sekolah, handphone ni kena air. Pergh. Sedih siut. I ingat lagi time I sedih ngan handpone ni.
Nokia 8210


Untuk handphone ke-tiga dan seterusnya, I kurang ingat the punya sequence tapi yang pasti, I pakai handphone Nokia N70, Nokia 8310 dan akhirnya Nokia 6600. 

Handphone Nokia berakhir bila I dah mula masuk umur 26 tahun di mana I mula bekerja kat Sapura.





Nokia N70
Nokia 6600


Nokia 8310


Masa start kerja kat Sapura, I mula teruja dengan Blackberry sebab Blackberry time tahun 2000 'an memang sangat 'in thing.' Sapa ada blackberry boleh dikatakan stylo. Lagi-lagi kalau kerja kat office and pakai pun smart. Pergh. memang menawan. I sendiri pun rasa diri I menawan. Haha...

Blackberry Bold

Blackberry Bold

Finally, bila I dah berkahwin pada tahun 2012, I decided to settle down with Apple. I dah bertukar dua kali iaitu Iphone 5 dari tahun 2012 and now Iphone 6S Plus dari akhir tahun 2016.

Lepas ni tak sure lagi nak pakai handphone apa but for now, Iphone memang the best. Best sebab touch screen dia. 



Iphone 5
Iphone 6s Plus

You Might Also Like

0 comments: