Showing posts with label Inspiration. Show all posts

Go-Jek adalah peserta terbaru Unicorn Club


Nadiem Makarim

Hari ni saya nak berkongsi serba sedikit pasal Go-Jek, sebuah company online yang ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Nadiem Makarim. Beliau baru berumur 33 tahun dan apa yang menarik tentang Go-Jek adalah ianya adalah sebuah company transportation online yang dah membantu 250,000 penunggang motosikal dan juga pemandu 4x4, 3000 syarikat dan 35,000 peniaga Go-Food.

Pada permulaan business, konsep perniagaan mereka leinh mirip kepada Uber cumanya mereka lebih bijak kerana memperkenalkan konsep berkongsi motosikal. Jakarta yang terkenal dengan ‘macet’ sudah tentu memerlukan servis seperti ini kerana ianya memudahkan orang untuk bergerak dengan lebih pantas.

Go-Jek

Seterusnya Go-Jek mengembangkan business mereka ke bidang despatch, food deliveries, cleaners and also massages. Pada April tahun 2016, mereka bersaing sangat rapat dengan Uber dan Grab.

Go-Jek telah mencipta rekod terbaru pada 2016 di mana mereka tersenatai dalam ‘Unicorn Club’ setelah menerima funding sebanyak USD 550 million. Valuation terhadap Go-Jek ialah USD 1.3 billion dollar.

Based on my research today, Malaysia still takda company yang berstatus Unicorn lagi. Singapura ada, China ada, India ada, US ada, China ada dan a few more countries.
So di mana Malaysia?

Takkan kita takda company yang boleh cecah Unicorn? Atau perhaps I am destined to explore this?

Anyways, good luck Go-Jek. U made Indonesian proud!


Nilai harta juri dalam rancangan top Shark tank

Pelakon dalam Shark Tank – Nilai bersih ‘Sharks’ pada tahun 2017?

Sejak berkecimpung dalam perniagaan, saya dah makin kurang tengok TV sebab tak banyak sangat masa. Walaupun takda time sangat, lately saya suka tengok show America iaitu ‘Shark Tank’.

Show ni dah masuk season ke 8. Apa yang menarik pasal show ni ialah para usahawan sedang berusaha untuk membuat business pitch kat 5 hakim iaitu Mark Cuban, Robert Herjavec, Lori Greiner, Kevin O'Leary, Daymond John, dan Barbara Corcoran.
Selain mereka, ada juga tima yang mana ada juri VIP seperti Aston Kucher atau sapa-sapa yang ingin invest.

So kat sini saya nak share sikit sapa juri yang terlibat and berapa nilai they all

Shark Tank # 1: Mark Cuban





Mark Cuban


Seorang usahawan yang sudah senior dan pemilik Dallas Mavericks.
Syarikat yang dimiliki termasuk HDNet, MicroSolutions dan Broadcast.com.
Selain itu, beliau adalah pemilik bersama Rantaian Teater Landmark, Magnolia Pictures dan Magnolia Home Video.

Mark Cuban juga menjadi famous bila andaiannya yang tepat iaitu Yahoo akan merudum dan justeru menjual semua sahamnya. Saham Yahoo jatuh dari USD 163 ke USD 8.11.
Asset beliau ketika ini adalah dalam lingkungan USD 3.3. billion.

Shark Tank # 2: Robert Herjavec

Robert Herjavec


Keluarga Robert Herjavec berhijrah dari Croatia denga ada laporan mengatakan bahawa duit dalam poketnya tidak lebih dari USD 20 ketika itu.

Herjavec memulakan kerjayanya dalam filem dan pekerjaan pertama beliay adalah di Logiquest sebagai jurujual dimana beliau menawarkan dirinya untuk bekerja 6 bulan secara percuma.

Selepas dipecat dari Logiquest pada tahun 1990, beliau menubuhkan  syarikat sendiri, Brak System iaitu sebuah syarikat perisian keselamatan internet dan dijual kepada AT & T dengan harga $ 30.2 juta.

Nilai asset Shark Tank  ini adalah sekita USD 100 juta.

Shark Tank # 3: Lori Greiner
Lori Greiner


Lori Greiner atau lebih mesra dikenali sebagai "Ratu QVC," dan beliau adalah presiden pembangunan produk dan pemasaran.

Beliau telah melancarkan lebih daripada 400 produk dan memegang 120 paten Amerika Syarikat dan antarabangsa.

Salah satu pelaburan Lori Greiner sebagai ahli cast Shark Tank iaitu Scrub Daddy, telah menjadi salah satu daripada kisah kejayaan terbesar dari persembahan ini kerana telah mendapat USD 75 juta jualan.

Nilai bersih Lori Greiner dianggarkan sekitar USD 50 juta.

Shark Tank # 4: Kevin O'Leary
Kevin O'Leary


Kevin O'Leary terkenal sebagai salah seorang juri yang bersifat kasar. Beliau seorang yang tegas dan amat sukar diramal karakternya.

Kevin O'Leary dilaporkan memulakan perniagaan pertamanya dengan pelaburan USD 10,000 dari ibunya. Syarikat pertama Kevin O'Leary ditubuhkan di ruangan bawah tanah rumah itu selepas ibunya setelah tamat pelajaran di kolej.

O'Leary menjual syarikat miliknya iaitu ‘The Learning Company’ kepada Syarikat Mattel pada tahun 1997 untuk USD 3 bilion.

Sehingga 2016, nilai bersih O'Leary adalah USD 300 juta.

Shark Tank #5: Daymond John


Daymond John


Daymond John adalah pengasas FUBU dan membuat kekayaannya dengan membina empayar fesyen.

Daymond John dibesarkan oleh seorang ibu tunggal di New York City. Dia terpaksa bekerja lebih dari satu pekerjaan untuk menyara hidup. Oleh kerana beliau inginkan pakaian yang tidak ada ditempat lain, beliau menyuruh ibunya membeli mesin jahit agar dia dapat menjahit sendiri pakaiannya. Selain itu, beliau  juga mula menjual pakaian yang dijahitnya.

Apabila topi yang beliau jual mula mendapat sambutan yang baik, Daymond John meyakinkan ibunya untuk menggadaikan rumah ibunya untuk membuat business FUBU
FUBU meletop dan masyur setelah rakan sebaya Daymond John iaitu LL Cool J memakai pakaian FUBU.

Hasil daripada kejayaan FUBU, juri Shark Tank ini bernilai USD 250 juta.

Shark Tank #6: Barbara Corcoran

Barbara Corcoran


Barbara Corcoran dianggap pakar hartanah di kalangan ‘Shark’ memandangkan dia  sudah mula dalam kancah perniagaan sejak tahun 1973. Beliau adalah pengasas Kumpulan Corcoran.

Untuk meningkatkan jenama syarikat beliau, beliau menerbitkan Laporan Corcoran, analisis trend data hartanah di New York City pada pertengahan 1970-an.
Nilai bersih Barbara Corcoran adalah dalam lingkungan USD 80 juta.

"An English Moment with Asrama Haluan Penyayang (AHP) this coming Sunday.

The day has come in which Zaahara and friends will be organizing "An English Moment with Asrama Haluan Penyayang (AHP) this coming Sunday.

This event is to generate interest among the kids to pick up English as most of us are aware that kids do not like English. Kids have fear in that subject.

Based on our surveys, kids who comes from the rural or underprivileged are even more skeptical of English.

Well, thanks to NGO such as Small Changes that has proven that English is not alien and it is easy to learn and pick up.

Besides them, Nous Academy & Events will be there to share and conduct 'Public Speaking Workshop'. Interesting right? I believe even the adults have fear in public speaking.

Lastly, a superstar of the day will be Norhafsah Hamid, a well known author who has written 3 books as of now. Zaahara loves her because of her simplicity approach and you'll be amazed of her background and what she is at the moment.

So, what do we do?

We gather the best for the rest. That's what Zaahara's CSR normally is. We love to see the smile among the kids. Our aim is to educate the public that charity does not just involve monetary. It can involve a lot of things and the best form of charity is education. With education, people can get out from their comfort zone and change themselves and also the world.

Give a man to fish and he has food for a day, teach him how to fish and you get rid of him the entire weekend. - Zenna SHanna Scha

Whoever wishes to join, the event details are as below:
Date : 8th May 2016
Time : 10am-2 pm
Venue : Asrama Haluan Penyayang (AHP) Klang
Lot 4213, Jalan Klinik, Kg. Bukit Naga, Syeksyen 32, 40460 Shah Alam.

Thank you once again to all and may Allah protect us from the arrogance and riya in our daily life.

Kisah Mydin yang humble dan simple - Anda pasti teruja

Semalam saya ke Mydin bersama isteri. Ada satu kaunter bayaran yang baru dibuka dan kebetulan ada satu uncle India atau lebih tepat, mamak berada di depan saya. Saya suruh dia bayar dulu walaupun saya sebenarnya di hadapan beliau.

Yang saya pelik, uncle ni beli chocolate tapi dia bayar guna card credit. Saya ada terfikir nak bayarkan tapi terasa macam malas pulak.Lepas dia bayar, giliran saya pula nak buat bayaran.

" Awak tahu tak siapa uncle tadi?" Supervisor bertanya kepada cashier girl.

"Saya tak tahu." Cashier girl.

"Dia tulah Mydin Mohamed. Owner Mydin." Supervisor.

Haaa...Kami semua terdiam termasuklah cashier girl tadi.

Tak sangka owner pun beratur bila nak beli barang dan kami semua kagum owner yang sememangnya jutawan dan berjaya tu relax and cool je.
Takda pun perasaan hebat dan tolong pandang aku!
Mydin The Untold Story


LOVE, VIVY REALITY SHOW


Love, Vivy- Vivy Yusof 
5 years ago, 2011, she was sitting next to me at Rasta TTDI.  Erina cakap she is Vivy Yusof and she is a blogger.
So I'm like..."Blogger?. Ok whatever."
In 2012, she and her husband started FashionValet.com.
Today, siap ada reality tv lagi. We were all glued in front of the tv to watch her show tadi.
Seriously the reality show beza as compared to Fazura's or any reality show yang we all dah tengok.
So a few things that we learned is:
1. You want to be big online, the founder must create a strong brand name
2. Believe in what you do
3. Family is important
4. Husband and wife can work together
5. Be yourself and don't be fake
So now doakan we all masuk tv for our reality show pulak next year ok?
‪#‎saudagarTelekung‬ punya show confirm best gila and buat korang nak tengok nanti.




Dr Zakir Naik

Hari ni kita semua dikejutkan dengan berita di mana Dr Zakir Naik telah di banned dari memberi ceramah beliau di Malaysia.

Alasan yang diberikan oleh 'MIC Youth' ialah ianya boleh mendatangkan ketidak harmonian dikalangan penganut yang berbeza-beza di Malaysia.

Petikan di bawah adalah apa yang diperkatakan oleh team MIC Youth.

“Zakir Naik is known for his demeaning tactics to undermine other religions that could spark unrest without weighing the respect and sensitivity of others,” he said. - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/mic-youth-to-lodge-police-reports-nationwide-to-prevent-dr-zakir-naik-from#sthash.hWAzveH8.dpuf.

Kita berada di sebuah negara Islam dan adakah patut kita patuh kepada permintaan kaum lain?

Mari kita lihat apa akan terjadi.


Jangan Lupa Baca Doa Bila Naik Kenderaan: Pengalaman Ketika Naik Malindo

" This Captain is nice in everything. He is a good Captain, a good father and a good human."

Nama Captain kapal terbang Malindo ini ialah Capt. Ahmad Razlah. Orangnya sangat humble dan tinggi budi pekertinya.

"Ini bukan kapal 100% patuh syariah (Malindo) tapi kita mulakan dengan membaca doa. Kepada non Muslim, awak berdoalah dengan cara awak." Capt. Ahmad.

So kami yang dalam kapal terbang pun berdoalah. Lagipun baru-baru ni terjadi viral dimana ada syarikat kapal terbang di Malaysia yang mengatakan bahawa mereka patut syariah 100% walhal pemilik syarikat tersebut bukannya orang Islam pun.
Selain dari syarikat tu, ada Captain kapal dari AirAsia yang juga jadi viral kerana pandai berdoa dan juga berpuitis

Maknanya trend sekarang dah berubah. Dengan adanya syarikat penerbangan AirAsia yang sudah membuka peluang untuk semua orang terbang, tiada lagi ekslusiviti dimana hanya golongan tertentu je boleh terbang macam 20 tahun sudah.

Yelah. Ada time tiket kapal terbang lagi murah dari tiket bas. Betul tak?

Anyways, berbalik kepada cerita Kapten kapal ni baca doa, saya di sini dapat belajar sesuatu iaitu:

Doa adalah kekuatan kita sebagai hambaNya. Tidak kira agama apa pun, berdoalah kepada Pencipta kita. Janganlah kita jadi manusia yang sombong dan lupa kepadaNya.

Pesanan ringkas:
Kalau Kapten kapal terbang boleh berdoa, apa lagi kita yang cuma memandu kereta dan motosikal kan?


Salam.

Hari ni saya nak bercerita sedikit sebanyak mengenai penglibatan saya ke dalam perniagaan telekung.

Tahun 2014, kami ada bukak booth di Subang Parade iaitu booth for Ramadhan. Kami jual Telekung Cotton under nama Maryam dan kami dapati telekung kami tu banyak orang suka. Harga yang kami jual pun murah sekitar RM 100 lebih je.

Saya dan isteri sebenarnya tiada impian untuk jual telekung sahaja kerana kami sebenarnya ingin menjual barang-barang sunnah di online portal kami iaitu  www.zaahara.com.

Ada banyak business owner yang dah berjaya pernah berkata kepada kami bahawa kalau kami nak berjaya, kami kena ada speciality dalam business kami. Kami boleh jual seratus produk tapi 20 peratus dari produk kami adalah killer produk kami.

2 tahun masa berlalu dan akhirnya kami sedar yang kepakaran kami adalah dalam bidang telekung dan kami decide nak jadi #1 telekung provider di sekitar South East Asia and also the world! Nampak macam gila tapi itulah hakikatnya.

Saya membuat satu hashtag khas untuk saya iaitu #AnasSaudagarTelekung di dalam FB saya dan Alhamdulillah ianya sedang mendapat tempat dikalangan follower saya. Di sini saya dapati yang personal branding adalah salah satu kunci kepada kejayaan. Bukan saya nak kata yang saya dah berjaya tapi setakat ni, saya dah mempunya hampir 5k follower di fb hanya dengan teknik simple yang saya amalkan. (Akan saya share di posting lain bagaimana saya dapatkan 5k follower dalam masa 4 bulan sahaja). Yang menarik pasal follower saya, mereka adalah golongan yang aktif. Bukannya follower semata-mata.

Berbalik kepada cerita saya, kami ada beberapa jenis telekung dan yang paling hit buat masa kini adalah Telekung Maryam, Telekung Aamina dan juga Telekung Sofia.

Ramai yang dah mencuba telekung kami. Anda bila lagi?

Kalau berminat, anda boleh pergi terus ke www.zaahara.com dan buat pembelian terus di sana atau pun whatsapp terus ke 0103661801.

Jangan tunggu lama-lama.


Kata-kata dari pengasas Telekung Siti Khadijah


Pengasa Telekung Siti Khadijah bersama model ketika pelancaran butik SK


Semalam saya terdengar perbincangan founder Pengeluar Telekung No.1 Malaysia, Puan Padzilah di radio Ikim.
"Kami bukan nak buat business short term. Kami ada plan untuk jadi billion dollar company. Saya tak pernah sangka yang kami boleh berada di tahap ini sekarang."
Jual telekung je tau...
Tahun lepas, ada orang pernah cakap ngan saya:
"Boleh ke nak buat duit dengan telekung? Orang lain jual jubah and tudung but you nak focus kat telekung."
Saya diam. Biarkan apa dia nak cakap coz to me, I know what I should do.
Saya nak you all  tahu yang apa benda yang anda buat, buat je betul-betul. Berjaya atau tak adalah subjektif.
Kalau kita buat business semata-mata nak :
1. Kaya
2. Malas bekerja 9-5
3. Sebab orang lain berjaya
Confirm tak berjaya.
Kalau betul-betul nak berjaya, you kena beri manfaat. Jual manfaat. Tu yang penting.
Contoh macam saya jual telekung. Telekung adalah product. Apa yang saya jual adalah:
1. Keselesaan para wanita untuk bersolat
2. Pilihan telekung berjenama pada harga yang affordable
Saya tak perlu hardsell kerana saya percaya 100% yang telekung kami adalah yang terbaik.
----------
Be confident in what you do. In what you sell.
Once you are confident with yourself, barulah orang lain akan percaya kat korang.

Inilah nasihat berguna seorang ayah kepada President Indonesia



" Kalau dilahirkan miskin itu takpa, tapi kalau mati dalam kemiskinan, kamu bersalah.
Bersalah kerana kamu tidak mencoba untuk merubah hidup kamu."
Di atas adalah kata- kata Ayah President Jokowi kepada beliau ketika beliau berusia 10 tahun.