Nilai harta juri dalam rancangan top Shark tank

02:57 anas 0 Comments

Pelakon dalam Shark Tank – Nilai bersih ‘Sharks’ pada tahun 2017?

Sejak berkecimpung dalam perniagaan, saya dah makin kurang tengok TV sebab tak banyak sangat masa. Walaupun takda time sangat, lately saya suka tengok show America iaitu ‘Shark Tank’.

Show ni dah masuk season ke 8. Apa yang menarik pasal show ni ialah para usahawan sedang berusaha untuk membuat business pitch kat 5 hakim iaitu Mark Cuban, Robert Herjavec, Lori Greiner, Kevin O'Leary, Daymond John, dan Barbara Corcoran.
Selain mereka, ada juga tima yang mana ada juri VIP seperti Aston Kucher atau sapa-sapa yang ingin invest.

So kat sini saya nak share sikit sapa juri yang terlibat and berapa nilai they all

Shark Tank # 1: Mark Cuban





Mark Cuban


Seorang usahawan yang sudah senior dan pemilik Dallas Mavericks.
Syarikat yang dimiliki termasuk HDNet, MicroSolutions dan Broadcast.com.
Selain itu, beliau adalah pemilik bersama Rantaian Teater Landmark, Magnolia Pictures dan Magnolia Home Video.

Mark Cuban juga menjadi famous bila andaiannya yang tepat iaitu Yahoo akan merudum dan justeru menjual semua sahamnya. Saham Yahoo jatuh dari USD 163 ke USD 8.11.
Asset beliau ketika ini adalah dalam lingkungan USD 3.3. billion.

Shark Tank # 2: Robert Herjavec

Robert Herjavec


Keluarga Robert Herjavec berhijrah dari Croatia denga ada laporan mengatakan bahawa duit dalam poketnya tidak lebih dari USD 20 ketika itu.

Herjavec memulakan kerjayanya dalam filem dan pekerjaan pertama beliay adalah di Logiquest sebagai jurujual dimana beliau menawarkan dirinya untuk bekerja 6 bulan secara percuma.

Selepas dipecat dari Logiquest pada tahun 1990, beliau menubuhkan  syarikat sendiri, Brak System iaitu sebuah syarikat perisian keselamatan internet dan dijual kepada AT & T dengan harga $ 30.2 juta.

Nilai asset Shark Tank  ini adalah sekita USD 100 juta.

Shark Tank # 3: Lori Greiner
Lori Greiner


Lori Greiner atau lebih mesra dikenali sebagai "Ratu QVC," dan beliau adalah presiden pembangunan produk dan pemasaran.

Beliau telah melancarkan lebih daripada 400 produk dan memegang 120 paten Amerika Syarikat dan antarabangsa.

Salah satu pelaburan Lori Greiner sebagai ahli cast Shark Tank iaitu Scrub Daddy, telah menjadi salah satu daripada kisah kejayaan terbesar dari persembahan ini kerana telah mendapat USD 75 juta jualan.

Nilai bersih Lori Greiner dianggarkan sekitar USD 50 juta.

Shark Tank # 4: Kevin O'Leary
Kevin O'Leary


Kevin O'Leary terkenal sebagai salah seorang juri yang bersifat kasar. Beliau seorang yang tegas dan amat sukar diramal karakternya.

Kevin O'Leary dilaporkan memulakan perniagaan pertamanya dengan pelaburan USD 10,000 dari ibunya. Syarikat pertama Kevin O'Leary ditubuhkan di ruangan bawah tanah rumah itu selepas ibunya setelah tamat pelajaran di kolej.

O'Leary menjual syarikat miliknya iaitu ‘The Learning Company’ kepada Syarikat Mattel pada tahun 1997 untuk USD 3 bilion.

Sehingga 2016, nilai bersih O'Leary adalah USD 300 juta.

Shark Tank #5: Daymond John


Daymond John


Daymond John adalah pengasas FUBU dan membuat kekayaannya dengan membina empayar fesyen.

Daymond John dibesarkan oleh seorang ibu tunggal di New York City. Dia terpaksa bekerja lebih dari satu pekerjaan untuk menyara hidup. Oleh kerana beliau inginkan pakaian yang tidak ada ditempat lain, beliau menyuruh ibunya membeli mesin jahit agar dia dapat menjahit sendiri pakaiannya. Selain itu, beliau  juga mula menjual pakaian yang dijahitnya.

Apabila topi yang beliau jual mula mendapat sambutan yang baik, Daymond John meyakinkan ibunya untuk menggadaikan rumah ibunya untuk membuat business FUBU
FUBU meletop dan masyur setelah rakan sebaya Daymond John iaitu LL Cool J memakai pakaian FUBU.

Hasil daripada kejayaan FUBU, juri Shark Tank ini bernilai USD 250 juta.

Shark Tank #6: Barbara Corcoran

Barbara Corcoran


Barbara Corcoran dianggap pakar hartanah di kalangan ‘Shark’ memandangkan dia  sudah mula dalam kancah perniagaan sejak tahun 1973. Beliau adalah pengasas Kumpulan Corcoran.

Untuk meningkatkan jenama syarikat beliau, beliau menerbitkan Laporan Corcoran, analisis trend data hartanah di New York City pada pertengahan 1970-an.
Nilai bersih Barbara Corcoran adalah dalam lingkungan USD 80 juta.

You Might Also Like

0 comments: